Wanita cilik jinakkan haiwan eksotik jadi tumpuan

Iklan

PENGASAS Brotherhood Reptiles, Nur Nina Farisha Woo Abdullah, 29, menunjukkan seekor Marble Fox atau rubah ketika ditemui Bernama baru-baru ini.

Tidak semua orang selesa berhadapan dengan haiwan eksotik, apatah lagi memegangnya sambil bercakap di hadapan kamera, satu situasi yang bagi kebanyakan orang sudah cukup untuk menimbulkan rasa takut dan tidak selesa.

Iklan
Iklan

Namun bagi seorang wanita muda bertubuh cilik ini, situasi itu sudah menjadi kebiasaan, malah menjadi sebahagian daripada kandungan yang dikongsikan menerusi platform media sosial Brotherhood Reptiles, yang memfokuskan perkongsian mengenai haiwan eksotik khususnya reptilia dan sering menarik perhatian warganet dengan keberaniannya mengendalikan spesies tersebut. - Bernama