KOTA BHARU – Mayat seorang wanita ditemukan dengan kesan tikaman dan berlumuran darah di muka serta badan di atas jalan di Kampung Kubang Getah, Ketereh di sini, lewat tengah malam Jumaat.
Mangsa yang dipercayai berusia lingkungan 20-an ditemukan orang awam yang kebetulan melalui kawasan tersebut kira-kira jam 12.30 tengah malam.