Trak tentera hilang kawalan rempuh plaza tol, 15 anggota cedera

Iklan
Antara anggota tentera yang terlibat dalam kejadian pada Khamis.

AMPANG JAYA – Sebuah trak tentera dipercayai mengalami kegagalan brek sebelum melanggar kawasan Plaza Tol Bukit Teratai, Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) mengakibatkan seramai 15 anggota cedera dalam kejadian pada petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Polis Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 4.40 petang.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, kemalangan melibatkan sebuah trak milik Angkatan Tentera Malaysia yang dalam perjalanan dari Kem Sungai Besi menghala ke Kuala Kubu Bharu.

"Siasatan awal mendapati trak terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar kawasan plaza tol berkenaan.

Iklan

"Kemalangan dipercayai berpunca daripada kegagalan sistem brek kenderaan tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Beliau berkata, akibat kejadian itu seramai 15 anggota yang berada di bahagian tempat duduk belakang trak mengalami kecederaan.

Iklan

"Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Ampang oleh pasukan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

Tambah beliau, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.