Jom pekena mi kuah gear box
Iklan
Hidangan istimewa mi kuah gear box.
KULIM - Masih mengekalkan rasa kuah yang asli, pekat dan menyelerakan, restoran Kak Sue Mi Kuah Tulang pasti mampu memenuhi citarasa pelanggan.
Pemilik restoran, Sufia Jamaluddin, 32, berkata, peminat mi kuah gear box boleh menikmati semula hidangan enak itu selepas restorannya kembali beroperasi semula di Pekan Kulim, iaitu berhadapan Balai Polis Trafik Pusat Bandar.
Iklan
Iklan
Menurutnya, hidangannya itu popular sejak lebih dari sembilan tahun lalu semasa restorannya beroperasi di Bukit Minyak sebelum ini.
Menggunakan resipi hasil cetusan idea daripada keluarga dan Sufia sendiri, tidak hairanlah mi kuah gear box berkenaan popular serta menjadi tumpuan pelanggan dalam kalangan penduduk sekitar serta dari luar kawasan.
Sufia (duduk, empat kanan) bersama pelajar Tahfiz Al-Munawwar ketika pembukaan restorannya.
Iklan
"Kami menggunakan bahan rempah yang terbaik dan asli serta tidak menggunakan pengawet," katanya ketika ditemui pada majlis bacaan Yasin sempena pembukaan semula restoran baharunya itu yang turut dihadiri pelajar Tahfiz Al-Munawwar Jalan Mahang, baru-baru ini.
Sufia berkata, harga bagi hidangan mi kuah gear box itu bermula daripada RM15 dan ke atas bergantung kepada saiz.
Iklan
Selain hidangan istimewa mi kuah gear box, pelbagai juadah lain seperti mi sizzling, hidangan barat, tomyam, shell out dan masakan panas turut disediakan di restoran berkenaan yang beroperasi setiap hari dari jam 5 petang hingga 12 tengah malam.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah"><meta itemprop="description" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah
 Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kebersihan #Flat #Flattelukindah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-20T09:12:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaqngae"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaqngae"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaqngae"></script>