Ketirisan belanja operasi kesihatan, pendidikan tinggi perlu dikawal - Pakar ekonomi
Iklan
Kesihatan dan pendidikan tinggi adalah bidang yang sangat penting terhadap pembangunan sumber manusia serta memerlukan perbelanjaan yang mencukupi. Gambar kecil: Shazali
SHAH ALAM - Panduan pelarasan perbelanjaan mengurus kerajaan termasuk melibatkan sektor kesihatan dan pendidikan tinggi disyor turut melihat masalah asas kedua-dua sektor itu bagi mengawal ketirisan.
Pakar Ekonomi, University College I-CATS Kuching, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor berkata, perkara yang tidak efisien dalam dua sektor terbabit perlu diberikan perhatian untuk memberi lebih banyak penjimatan dan mengelakkan pembaziran.