Penamaan jalan baharu berasaskan jasa, bukan perkauman
Iklan
Zairil
GEORGE TOWN - Enam jalan di Pulau Pinang telah dinamakan semula bagi menghargai jasa tokoh-tokoh yang banyak menyumbang kepada pembangunan negeri dan negara.
Antara jalan terlibat ialah Persiaran Chin Fung Kee (sebelum ini Persiaran Pantai Sinaran), Jalan Sheikh Ibrahim (sebahagian Jalan Tanjong Tokong Lama), Jalan Tun Abdullah Ahmad Badawi (Lebuhraya Bandar Cassia), Jalan SA Abdullah Bukhari (sebahagian Jalan Ayer Itam), Solok Dato Ismail Hashim (sebahagian Jalan Tengah) serta Jalan M Kuppan (sebelum ini Jalan Jiran 1).
Iklan
Iklan
Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital, Zairil Khir Johari berkata, langkah itu dilihat sebagai usaha kerajaan negeri dalam mengiktiraf sumbangan tokoh-tokoh berkenaan yang telah banyak berjasa, sama ada di peringkat negeri atau nasional.
"Penamaan semula jalan tidak seharusnya dipolitikkan apatah lagi dikaitkan dengan sentimen perkauman yang kini tular di media sosial.
Iklan
"Semua individu yang dipilih adalah berdasarkan merit dan sumbangan mereka kepada masyarakat serta pembangunan negeri," katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis.
Zairil yang juga Pengerusi Jawatankuasa Negeri Nama Geografi berkata, semua nama yang diberikan ini adalah tokoh tersohor yang telah mencurah bakti kepada Pulau Pinang dan Malaysia secara keseluruhan.
Iklan
“Justeru, tidak timbul soal perbandingan atau polemik yang tidak berasas.
"Mereka yang dipilih ini sememangnya layak diberikan penghormatan sedemikian,” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa masyarakat perlu melihat isu tersebut secara lebih matang dan rasional tanpa dipengaruhi naratif sempit.
“Sentimen serta naratif perkauman yang dimainkan di media sosial adalah tidak sihat dan tidak mencerminkan semangat perpaduan yang kita junjung.
“Kita seharusnya menghargai jasa dan pengorbanan tokoh-tokoh ini, bukannya mempertikaikan keputusan yang dibuat,” ujarnya.
Sebelum ini media melaporkan, Persiaran Pantai Sinaran di kawasan pembangunan The Light City, Glugor kini dikenali Persiaran Chin Fung Kee sebagai menghargai sumbangan besar tokoh kejuruteraan mendiang Tan Sri Prof Dr Chin Fung Kee kepada pembangunan Pulau Pinang.
Penamaan semula jalan sepanjang kira-kira 800 meter itu dibuat susulan permohonan rasmi oleh The Institution of Engineers, Malaysia (IEM) bagi menghargai jasa tokoh berkenaan yang memainkan peranan utama dalam projek infrastruktur mega di Pulau Pinang.
Zairil berkata, pemilihan lokasi jalan yang terletak berhampiran Jambatan Pulau Pinang adalah sangat simbolik memandangkan mendiang Fung Kee merupakan antara jurutera kanan yang terlibat dalam pembinaan jambatan pertama tersebut.
Pertambahan komuniti Rohingya di Kampung Kuala Muda, Penaga di Kepala Batas hampir empat kali ganda daripada 108 orang pada 2018 kepada kira-kira 400 tahun ini menjadi punca utama penduduk meminta penempatan itu dikosongkan, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohd Rosli.
Jumlah rumah yang didiami komuniti berkenaan turut meningkat daripada 12 kepada 33, dengan sesetengah kediaman menempatkan lebih 20 orang daripada tiga atau empat keluarga, sekali gus mencetuskan keresahan mengenai kesesakan, perubahan landskap sosial kampung dan persaingan pekerjaan termasuk dalam sektor perikanan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789886/edisi/utara/dari-100-jadi-400-orang-penduduk-jelaskan-sebab-rohingya-diminta-keluar
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.