Kesesakan di Lebuhraya Persekutuan semakin kritikal
Iklan
Pelaksanaan sementara pusingan U di Seksyen 4 dilihat mampu membantu memperbaiki aliran trafik dan mengurangkan kesesakan di Lebuhraya Persekutuan.
SHAH ALAM - Kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Persekutuan, khususnya di persimpangan lampu isyarat Bukit Raja, didapati semakin kritikal terutama pada waktu puncak.
Berdasarkan tinjauan yang dibuat Sinar Harian, persimpangan yang dikenali sebagai traffic light 199 itu menjadi tumpuan utama kenderaan kerana ia merupakan laluan penting yang menghubungkan kawasan Shah Alam ke Setia Alam, Meru dan Kapar.