Krisis NS penentu jajaran politik baharu PRU16?
Iklan
Krisis Negeri Sembilan kini berada di ambang kebuntuan.
KRISIS politik di Negeri Sembilan kini memasuki fasa kebuntuan yang kompleks apabila percaturan kuasa berdepan kekangan perlembagaan serta keunikan sistem adat yang mendasari pentadbiran negeri.
Penarikan sokongan oleh 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun pada asasnya membuka ruang perubahan kerajaan.