Penawar tebuk atap ala Negeri Sembilan
Iklan
Demokrasi Malaysia sebenarnya mengubah suai diri selepas krisis. Gambar hiasan
KERAJAAN campuran dalam demokrasi Parlimen merentas benua memang tidak jamin akan bertahan sepanjang penggal. Kalau tidak serasi, rakan kongsi kerajaan campuran boleh keluar kerajaan malah bentuk kerajaan alternatif.
Jadi kenapa tindakan UMNO keluar daripada Kerajaan Negeri Sembilan sekarang dan tindakan Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan dalam Langkah Sheraton dikecam ramai sebagai pengkhianatan 'tebuk atap'?