Pantau guna teknologi, penjejakan
Iklan
Kerajaan disaran beralih kepada sistem pemantauan berasaskan teknologi dan penjejakan rantaian bekalan secara masa nyata bagi membendung ketirisan subsidi bahan api. Gambar kecil: Shahul Hamid
SHAH ALAM – Pendekatan penguatkuasaan semata-mata dilihat tidak lagi mencukupi untuk membendung ketirisan subsidi bahan api, sebaliknya kerajaan perlu beralih kepada sistem pemantauan berasaskan teknologi dan penjejakan rantaian bekalan secara masa nyata.
Pakar kriminologi bebas, Shahul Hamid Abdul Rahim berkata, walaupun operasi penguatkuasaan seperti Ops Tiris menunjukkan hasil dari segi tangkapan dan rampasan, realitinya ketirisan masih berlaku kerana pendekatan sedia ada belum mampu menutup keseluruhan ruang jenayah tersebut.