Kemelut di Negeri Sembilan zahir tanda awal kesan luar jangka kepada UMNO - Rafizi
Iklan
Rafizi
SHAH ALAM - Kemelut politik di Negeri Sembilan menunjukkan tanda-tanda awal kesan luar jangka atau 'unintended consequences', terutamanya kepada UMNO.
Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa, UMNO mungkin melihat tindakan mengambil alih kedudukan Menteri Besar Negeri Sembilan sebagai langkah semula jadi untuk menguatkan kedudukan politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Iklan
Iklan
Ahli Parlimen Pandan itu berpendapat bahawa UMNO mungkin yakin Barisan Nasional (BN) merupakan gabungan terkuat buat masa ini kerana Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) berdepan masalah dalaman.
Jelas beliau, parti itu juga berkemungkinan merasakan tindakan di Negeri Sembilan menjadi langkah pemula untuk menekan supaya pilihan raya negeri (PRN) berlaku, barangkali bermula di Negeri Sembilan, Johor dan Melaka.
Iklan
"Daripada kejayaan-kejayaan ini akan membina gelombang untuk menang besar dalam PRU16 secara solo. Itu mungkin matlamat UMNO.
"Tetapi, kesan luar jangka yang tidak diteliti UMNO adalah tindakan di Negeri Sembilan ini mengingatkan orang ramai dan pengundi atas pagar tentang kenapa UMNO dikalahkan di tempat tercorot (dalam kalangan gabungan yang bertanding) semasa pilihan raya umum (PRU) lalu.
Iklan
"Sebabnya, pengundi atas pagar lebih sukar dipengaruhi dan pandangan mereka itulah mengakibatkan kesan luar jangka," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.
Pada Isnin lalu, seramai 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO-BN umum menarik balik sokongan terhadap Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.
BN Negeri Sembilan kemudiannya mendakwa mempunyai majoriti mudah iaitu 36 kerusi DUN untuk membentuk kerajaan negeri dengan sokongan lima ADUN PN.
Mengulas lanjut, Rafizi yang juga bekas Menteri Ekonomi berpandangan, episod terkini di Negeri Sembilan menunjukkan beberapa perkara yang jarang diambil kira ahli politik dalam membuat keputusan.
"Ada satu konsep dipanggil 'kesan luar jangka'. Dalam dunia yang maklumat sampai melalui media sosial, setiap keputusan akan ditafsir mengikut lensa peribadi.
"Pandangan orang ramai tidak boleh lagi dikawal oleh beberapa instrumen maklumat yang dipantau kerajaan atau orang berkuasa, seperti sebelum zaman media sosial.
"Tujuan sesuatu tindakan diambil mungkin berlainan, tetapi bergantung kepada naratif yang akhirnya terbentuk dan tindakan politik akan dinilai berlainan daripada tujuan asal," ujarnya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.