PRN Melaka: Pas sasar bertanding 16 kerusi DUN
Iklan
Zulkifli
MELAKA - Pas menyasar untuk bertanding di 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.
Pesuruhjaya Pas Melaka, Zulkifli Ismail berkata, 16 kerusi berkenaan ialah Pantai Kundor, Paya Rumput, Klebang, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Linggi, Taboh Naning, Rembia, Durian Tunggal, Ayer Molek, Pengkalan Batu, Telok Mas, Duyong, Sungai Rambai, Merlimau dan Serkam.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, parti itu membuat ketetapan untuk bertanding di semua kerusi berkenaan dengan menampilkan calon berwibawa, berintegriti serta mempunyai latar belakang kepimpinan yang diyakini.
"Ketetapan ini selaras dengan kenyataan yang disampaikan oleh Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam program Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Melaka yang lalu,” katanya dalam kenyataan yang dimuatnaik di laman sosial Facebook Pas Melaka pada Rabu.
Iklan
Penggal kelima DUN Melaka dijadual tamat pada Disember ini, sekali gus bakal membuka laluan kepada PRN pada tahun ini. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #SuaraRakyat #Bersatu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-29T12:23:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xajpu2q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xajpu2q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xajpu2q"></script>