Kekuatan akar umbi antara sebab UMNO kekal relevan - Ketua Pemuda UMNO Kedah
Iklan
Mohd Raqib. FOTO: Mohd Halim Abdul Wahid
SHAH ALAM – UMNO masih kekal relevan dalam landskap politik negara meskipun berdepan kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), didorong oleh tiga faktor utama yang menjadi kekuatan teras parti itu.
Ketua Pemuda UMNO Kedah, Mohd Raqib Abu Hassan berkata, kekuatan akar umbi, pengalaman mentadbir serta keutuhan jentera parti menjadi sebab utama UMNO terus kekal relevan hingga ke hari ini.
Iklan
Iklan
Menurutnya, kekuatan akar umbi menjadi tunjang utama yang membezakan UMNO dengan parti lain.
“UMNO mempunyai akar umbi yang kuat. Di peringkat cawangan, kita ada Pemuda, Puteri, Wanita dan ketua cawangan yang menjadi tulang belakang parti.
Iklan
"Akar umbi ini cukup kuat daripada UMNO kalau kita nak lihat kepada relevannya UMNO ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika program Interviu bertajuk ‘Lapan Dekad UMNO: Bertahan atau Berubah?’ yang dihoskan oleh Haizir Othman di Studio F Karangkraf di sini pada Selasa.
Iklan
Selain itu, beliau menjelaskan pengalaman luas UMNO dalam mentadbir negara turut menyumbang kepada tahap keyakinan rakyat.
“Rakyat hari ini boleh melihat sendiri bagaimana kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara sebelum ini, berbanding kerajaan lain yang turut diberi peluang memerintah. Dari situ rakyat boleh membuat penilaian secara rasional," ujarnya.
Tambahnya, keupayaan jentera parti yang tersusun dan bersedia pada setiap masa juga membuktikan UMNO masih relevan dalam menghadapi pilihan raya.
"Sebagai contoh, kalau pilihan raya diadakan dalam tempoh sebulan lagi, seluruh jentera UMNO daripada peringkat akar umbi hingga kepimpinan tertinggi sudah tahu peranan masing-masing," katanya.
Bagaimanapun, beliau tidak menafikan UMNO turut melalui fasa 'bertahan' susulan krisis keyakinan selepas 2018 yang menyaksikan perpecahan dalam kalangan pemimpin.
Jelasnya, keadaan itu kini semakin pulih apabila parti mengambil pendekatan penyatuan semula termasuklah melalui konsep “rumah bangsa” yang menekankan keharmonian dan kestabilan dalaman.
Dalam masa sama, beliau berkata, perkembangan keahlian baharu juga menunjukkan petanda positif apabila hampir 12,000 individu mendaftar sebagai ahli dalam tempoh lima hari, majoritinya terdiri daripada golongan muda.
Mohd Raqib berkata, situasi itu menunjukkan UMNO bukan sahaja bertahan, tetapi masih relevan dan mempunyai masa depan khususnya dengan sokongan generasi muda.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.