Empat lelaki terlibat sindiket along agresif ditahan

Iklan
Emergency lights flashing on police cars at night at the scene of an accident or crime. Focus shifts from lights in the foreground to the lights in the background.

KUALA LUMPUR - Polis menahan empat lelaki dipercayai terlibat dalam kegiatan pemungut hutang agresif tanpa lesen atau along dalam Ops Cantas di sekitar Desa Bukit Tiara, Cheras di sini Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata kesemua suspek berusia 19 hingga 26 tahun itu ditahan dalam operasi dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

Iklan
Iklan

Beliau berkata tangkapan dibuat susulan laporan seorang kontraktor yang mendakwa dinding rumah serta kawasan sekitarnya ditampal dengan pelekat berunsur fitnah selain menerima ugutan jenayah melalui panggilan telefon.

"Dalam serbuan itu, polis turut merampas sebuah kenderaan jenis Perodua Axia, lima telefon bimbit, sebuah pembesar suara serta dua helai vest bertulis ‘Debt Collector’ yang dipercayai digunakan untuk tujuan intimidasi,” katanya dalam kenyataan pada Selasa. 

Iklan

Mohd Rosdi berkata siasatan mendapati kumpulan itu aktif melakukan kacau ganggu di 18 lokasi berbeza di sekitar Lembah Klang termasuk Kuala Lumpur, Puchong, Petaling Jaya dan Rawang.

"Kesemua suspek direman tiga hari sebelum dibebaskan dengan jaminan polis semalam dan kertas siasatan sedang dilengkapkan untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan lanjut,” katanya.

Iklan

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. - Bernama