PKP: Indeks jenayah menurun 70 peratus
Iklan
PUTRAJAYA - Indeks jenayah di seluruh negara menunjukkan penurunan sebanyak 70 peratus sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sehingga kini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkembangan itu jelas memperlihatkan aspek positif daripada pelaksanaan yang pada asalnya bertujuan untuk memutuskan rantaian penularan wabak koronavirus (Covid-19).