'Bertanding atau tidak PRU 16, saya serah pada Presiden UMNO' - Ismail Sabri
Iklan
Ismail Sabri (tengah) bergambar selepas merasmikan Pelancaran Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu Dan Malam Puisi Mengukir Bangda Serta Buku Bahasa Dan Peradaban Membina Bangsa di Kuala Lumpur pada Isnin.
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyerahkan sepenuhnya keputusan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung pencalonan beliau pada Pilihan Raya Umum (PRU 16) ke-16.
Bekas Naib Presiden UMNO itu berkata, keputusan untuk bertanding atau tidak bukan terletak pada dirinya, sebaliknya bergantung kepada kepimpinan parti.
Iklan
Iklan
"Ini bukan soal saya mahu bertanding atau tidak, keputusan itu ditentukan oleh Presiden UMNO. Jika beliau memberikan watikah, barulah saya akan bertanding.
“Jika tiada watikah, maka saya tidak akan bertanding,”katanya ketika hadir pada Pelancaran Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu Dan Malam Puisi Mengukir Bangda Serta Buku Bahasa Dan Peradaban Membina Bangsa.
Iklan
Mengulas lanjut mengenai konsep Rumah Bangsa, Ahli Parlimen Bera itu berkata, usaha tersebut penting dalam memperkukuh penyatuan kaum Melayu.
Jelasnya, pendekatan itu juga bertujuan membuka ruang seluas-luasnya kepada orang Melayu untuk kembali bersama parti berkenaan.
Iklan
“Konsep rumah bangsa ini bermaksud kita membuka UMNO kepada semua orang Melayu.
“Saya menyokong usaha Presiden untuk memperluaskan keanggotaan parti tanpa mengira latar belakang.
“Sama ada mereka yang pernah dipecat, kita terima kembali atau mereka daripada parti lain, termasuk yang tidak berparti untuk menyertai kita, kita alu-alukan,” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>