KUALA LUMPUR - Polis sedang giat mengesan seorang remaja perempuan tempatan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang dari kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Malaysia, Desa Petaling di sini, sejak Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner, Mohd Rosdi Daud dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya telah menerima laporan berhubung kehilangan mangsa pada Jumaat lepas.