NILAI - Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang menambah koleksi pingat pada Kejohanan Piala Dunia Berbasikal Trek 2026 selepas memenangi gangsa acara pecut individu lelaki di Velodrom Nasional, Nilai di sini hari ini.
Azizulhasni yang mencipta sensasi merangkul emas keirin semalam, tidak berdepan masalah untuk menewaskan Atlet Neutral Individu (AIN) Nikita Kiriltsev dalam penentuan gangsa, sekali gus mengesahkan kedudukan podium.