Rekonsiliasi: Perlu sekarang atau nanti?
Iklan
Khazanah negara adalah nilai di sebalik perpaduan warga yang rencam dan aneka-ragam di Malaysia ini. Gambar hiasan
DALAM perbahasan kontemporari mengenai pembinaan negara bangsa, rekonsiliasi nasional muncul sebagai satu kerangka penting mengurus kepelbagaian dan mengurangkan polarisasi sosial.
Bagi Malaysia, persoalan rekonsiliasi bukan sekadar normatif tetapi bersifat strategik. Namun demikian, timbul persoalan kritikal: adakah konteks semasa benar-benar kondusif untuk pelaksanaan rekonsiliasi nasional berkesan?