Jangan korbankan kesejahteraan rakyat
Iklan
Jika defisit kepercayaan ini tidak segera dibetulkan, maka rakyat berpeluang memilih kerajaan baru dalam PRU16. Gambar hiasan.
KITA sering diingatkan supaya mengukur baju di badan sendiri. Begitu juga perbelanjaan. Kita dinasihatkan berbelanja mengikut kemampuan kewangan walaupun pada hakikatnya sukar dilaksanakan.
Sewaktu Belanjawan 2026 dan Rancangan Malaysia Ke-13 dirancang, dibahaskan dan diluluskan Parlimen pada penghujung tahun lalu, tiada bayangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel akan bersekongkol melancarkan serangan terhadap Iran. Tetapi apa tidak disangka itulah berlaku pada 28 Februari lalu.