Subsidi diesel: Pengguna cadang bentuk kuota liter
Iklan
Cadangan kerajaan untuk menurunkan kadar cukai jalan bagi kenderaan diesel dilihat sebagai langkah positif, namun pengguna berpandangan ia masih belum mencukupi untuk mengimbangi peningkatan kos operasi harian.
SHAH ALAM – Cadangan kerajaan untuk menurunkan kadar cukai jalan bagi kenderaan diesel dilihat sebagai langkah positif, namun pengguna berpandangan ia masih belum mencukupi untuk mengimbangi peningkatan kos operasi harian.
Menerusi tinjauan maklum balas orang ramai, beberapa cadangan dikemukakan bagi memastikan bantuan yang diberikan lebih bersasar dan memberi kesan langsung kepada pengguna.