Jalan berliku buat Aminuddin
Iklan
Tuanku Muhriz berkenan menerima teks titah ucapan daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun pada Perasmian Persidangan Pertama Penggal Keempat DUN Negeri Sembilan Ke-15. Foto Bernama
SELEPAS peristiwa memalukan ketika Istiadat Pembukaan Persidangan Dewan Undangan (DUN) Negeri Sembilan, Khamis lalu, pentadbiran kerajaan negeri gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mungkin perlu memikirkan calon Menteri Besar baharu.
Seluruh negara menyaksikan Yang di-Pertuan Besar (YDPB) Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, berdiri merasmikan sidang DUN dalam keadaan lima kerusi utama kosong.