IPOH - Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kenderaan di Jalan Taman Ng Wan Hup, Taman Pertama di sini petang Sabtu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada 6.25 petang sebelum sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh bergegas ke lokasi kejadian sejauh 10 kilometer.