Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Iklan
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Ringgit diniagakan tinggi berbanding dolar AS pada awal dagangan hari ini memandangkan minat risiko pelabur dalam tempoh semalaman yang muncul di pasaran maju telah mendorong sentimen positif ke atas mata wang tempatan.
Pada jam 9.05 pagi, ringgit diniagakan pada 4.3400/3500 berbanding dolar AS daripada 4.3600/3700 ketika ditutup pada Isnin.
Iklan
Iklan
Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pasaran maju dilihat mengalami minat risiko dalam kalangan pelabur malam tadi memandangkan jumlah kes kematian akibat Covid-19 di beberapa negara telah susut sekali gus memberi harapan keadaan itu akan pulih.
Beliau berkata, pasaran ekuiti mencatatkan prestasi lebih baik dengan indeks utama seperti Dow Jones, S&P 500 dan Nasdaq masing-masing ditutup tujuh peratus lebih tinggi berbanding angka semasa penutupan pada Jumaat.
Iklan
"Indeks Turun Naik (VIX) (di Bursa Opsyen Lembaga Chicago (CBOE)) turun secara ketara kepada 45.24 mata pada masa ini daripada lebih 85 mata pada Mac menunjukkan pelabur mempunyai kecenderungan untuk mengambil sedikit risiko walaupun masih berhati-hati.
"Berdasarkan itu, ringgit dijangka bergerak lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini di antara RM4.33 dengan RM4.35," katanya.
Iklan
VIX CBOE merupakan pengukur jangkaan turun naik pasaran saham bagi tempoh 30 hari.
Ringgit juga didagangkan lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.
Ia meningkat berbanding euro kepada 4.6813/6945 daripada 4.7132/7248 pada Isnin dan tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.0316/0388 daripada 3.0417/0498.
Unit tempatan naik berbanding yen kepada 3.9806/9901 daripada 3.9919/0015 semalam serta stabil berbanding pound Britain kepada 5.3048/3201 daripada 5.3619/3751. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>