Ini krisis paling besar dalam sejarah negeri
Iklan
Rais
TIADA ribut, tiada hujan, nama Adat Perpatih di Negeri Sembilan tiba-tiba menjadi perhatian umum apabila negeri itu berdepan krisis perlembagaan dan adat yang jarang berlaku, melibatkan pertikaian kuasa antara institusi diraja dan pemegang adat tertinggi, termasuk tercetusnya persoalan susulan ketidakhadiran Undang Yang Empat dalam sidang Dewan Undangan Negeri, Khamis lalu.
Krisis yang disifatkan antara paling serius dalam sejarah itu mencetuskan perdebatan mengenai tafsiran kuasa, dengan bekas Menteri Besar, Tan Sri Dr Rais Yatim menggariskan punca serta jalan penyelesaian berteraskan muafakat.