JOHOR BAHRU - Kira-kira 60 peratus atau 6,009 daripada lebih 10,000 permohonan menyertai UMNO sebagai ahli baharu menerusi inisiatif Rumah Bangsa terdiri daripada golongan muda, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Maslan.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa berkata, permohonan yang diterima termasuk melalui sayap Wanita dan Puteri.