MELAKA - Seorang bekas penyelia kilang direman enam hari bermula hari ini kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM25,000 daripada 31 pekerja asing seliaannya sebagai balasan menyokong serta memberi kebenaran bekerja lebih masa.
Perintah reman terhadap lelaki berusia lingkungan 40-an itu dikeluarkan Majistret N. Sivashangari selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini.