Selangor kaya, rakyat tak patut sengsara
Iklan
Tangkap layar keadaan beberapa jalan sekitar Seksyen 13, Shah Alam dalam kejadian banjir kilat pada 20 April lalu.
FAKTA tidak tersangkal: Selangor adalah negeri terkaya di Malaysia. Pada tahun 2024, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Selangor mencecah RM432.1 bilion, menyumbang satu ringgit dalam setiap empat ringgit yang dijana dalam ekonomi negara.
Tiada negeri lain mampu menghampiri atau menandingi. Malah tiada negeri lain yang pernah melepasi ambang KDNK RM400 bilion setahun, tetapi Selangor melakukannya dua tahun berturut-turut pasca pandemik Covid-19.