Ta’awun perkukuh pengurusan zakat moden
Iklan
Muhammad Zuhaili dan laporan Sinar Harian pada Khamis.
SHAH ALAM - Konsep ta’awun atau tolong-menolong dalam pengurusan zakat moden dilihat sebagai mekanisme penting untuk memperkukuh kecekapan kutipan dan agihan, sekali gus memastikan kebajikan golongan asnaf terus terbela secara lebih menyeluruh.
Pakar syariah, Dr Muhammad Zuhaili Saiman berkata, konsep tersebut merujuk kepada kerjasama berlandaskan kebajikan dan ketakwaan yang membolehkan operasi zakat dilaksana lebih sistematik dan berkesan.