Agong akan pilih calon baharu KP SPRM

Iklan
Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim akan memilih Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu bagi menerajui suruhanjaya berkenaan.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi, Sultan Ibrahim bertitah, tiada keperluan untuk mana-mana pihak mempolitikkan perkara tersebut.

Iklan
Iklan

"Saya akan menentukan siapa calon terbaik untuk menerajui SPRM selepas ini,” titah Sultan Ibrahim kepada Royal Press Office (RPO) pada Khamis.

Titah baginda lagi, jawatan berkenan amat penting dalam memastikan SPRM terus berperanan secara berkesan sebagai institusi utama negara dalam membanteras rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Iklan

Kedudukan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menjadi tumpuan selepas kontraknya dijangka tamat pada 12 Mei ini.

Azam, 63, telah melalui beberapa siri lanjutan sejak tempoh asal perkhidmatannya berakhir pada 2023.

Iklan