Daun, bunga segar 'eco-print' fabrik bernilai tinggi

Iklan
Misbaahussalam menyusun daun dan bunga untuk menghasilkan corak dalam pembuatan produk berasaskan teknik eco-print di kediamannya di Benut. Foto Bernama

PONTIAN - Bermula daripada eksperimen dan minat mendalam terhadap alam semula jadi, Misbaahussalam Zakaria memanfaatkan daun dan bunga menjadi 'alat cetak' bagi menghasilkan seni cetakan fabrik bernilai tinggi.

 

Iklan
Iklan

Usahawan kraf berusia 32 tahun ini menggunakan teknik eco-print, iaitu corak pada fabrik dihasilkan tanpa menggunakan lilin seperti kelaziman batik cetak.

 

Iklan
Iklan

"Ramai orang nampak hasil macam batik, tapi sebenarnya ini eco-print. Kita guna daun dan bunga untuk hasilkan corak pada kain," katanya kepada Bernama, ketika ditemui di kediamannya di Taman Maju Emas, Api-Api. - Foto Bernama