ISKANDAR PUTERI - Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan ahli keluarganya hilang sejak 30 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, kehilangan Nurqayas Noor Mohamad iaitu remaja etnik Rohingya disedari keluarganya.