NAP cakupi keseluruhan ekosistem automotif
Iklan
KUALA LUMPUR – Dasar Automotif Nasional (NAP) yang dikaji semula dan dijangka dilancarkan tahun ini, akan merangkumi keseluruhan ekosistem automotif dan elemen baharu teknologi, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking.
Elemen baharu itu termasuk kenderaan generasi akan datang, mobilti sebagai perkhidmatan, Revolusi Industri 4.0 dan kepintaran buatan.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, kementerian itu sedang mengkaji semula dasar itu.
"Ia akan menjadi dasar holistik yang meliputi pembangunan menyeluruh industri automotif, terdiri aspek rantaian bekalan, modal insan, pembangunan kemudahan pengecasan dan sebagainya,” katanya ketika berucap di majlis pelancaran Perodua Aruz di sini, hari ini.
Iklan
Darell berkata, industri automotif Malaysia menyumbang kira-kira RM40 bilion atau empat peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar, dengan tenaga kerja lebih 600,000 orang.
Industri itu terdiri daripada 27 pengeluar produk tulen (OEM), dengan kira-kira 53,000 kemudahan pasca pasaran serta anggaran 700 pembekal alatan dan komponen.
Iklan
Jualan kenderaan juga positif pada 2018, katanya.
Bagi tempoh Januari hingga November 2018, sejumlah 550,526 unit kenderaan telah dijual, meningkat 5.5 peratus daripada 521,907 unit bagi tempoh sama 2017.
"Perodua mempunyai bahagian pasaran hampir 38 peratus, dan dengan pengenalan Aruz kepada pasaran Malaysia, ia akan memperkukuh lagi bahagian pasaran pengeluar kereta nasional ini di Malaysia untuk terus menjana keuntungan bagi syarikat dan negara ini,” katanya.
Perodua, hari ini, secara rasmi melancarkan kenderaan utiliti sukan terbaharu, Aruz, yang telah menerima 2,200 tempahan sejak dibuka pada 3 Januari 2019. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>