Krisis di negeri beradat
Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada Selasa berhubung kemelut di Negeri Sembilan.
ORANG yang tak faham cara adat Negeri Sembilan tentulah terkejut. Mereka yang digelar Undang Yang Empat isytihar pemecatan Yamtuan Negeri atau Sultan.
Kata orang muda sekarang, banyak orang jadi confused dengan kes ini. Tapi agaknya itulah amalan Adat Perpatih yang mana 'Undang' memainkan peranan besar, termasuk soal pelantikan dan pemecatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.