PM santuni mangsa kebakaran di Sandakan esok

Iklan
Anwar Ibrahim. Foto Bernama

KOTA KINABALU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan lawatan ke Sabah bagi menyantuni mangsa yang terjejas akibat tragedi kebakaran besar di Kampung Bahagia, Sandakan esok.

Beliau dijangka memulakan tinjauan di lokasi bencana di Masjid Kampung Bahagia pada jam 4.20 petang sebelum meluangkan masa menziarahi penduduk yang kehilangan tempat tinggal di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan mangsa.

Iklan
Iklan

Anwar dijadual melawat mangsa di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gas pada jam 4.35 petang, disusuli lawatan ke PPS Dewan Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Batu Sapi pada 5 petang.

Lawatan beliau akan diakhiri dengan tinjauan ke PPS Dewan Lintas Sibuga pada jam 5.30 petang, di samping memastikan kelancaran pengurusan serta penyaluran bantuan kepada semua yang terjejas.

Iklan
Iklan

Pada Ahad lepas (19 April), sebanyak 1,000 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Bahagia yang menyebabkan lebih 9,000 penduduk terjejas. - Bernama