Harumanis 'menjadi' tahun ini

Iklan

KUALA NERANG - Cuaca panas yang melanda negeri ini sejak beberapa bulan lalu, khususnya di daerah Padang Terap, membolehkan seorang pengusaha harumanis menikmati hasil yang memberangsangkan bagi musim kali ini.

Zukipli Hashim, 67, yang mengusahakan 300 pokok harumanis di Kampung Padang Nyior berkata, hasil yang diperoleh musim ini adalah yang tertinggi sejak beliau memulakan tanaman itu pada 2018.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, harumanis yang dihasilkan dijual pada harga antara RM20 hingga RM25 sekilogram serta turut ditawarkan melalui penghantaran kurier kepada pelanggan. Foto Bernama