Lelaki baru bercerai tergamak bakar rumah orang tua

Iklan
Orang tua Agus tiada di rumah ketika kejadian tersebut. Foto Agensi

LUBUK PAKAM - Seorang lelaki yang berdepan masalah rumah tangga tergamak melepaskan kemarahan dengan membakar rumah orang tuanya.

Tindakan itu dilakukan Agus Suyanto, 43, di Desa Fuji Mulyo, Kilometer 12.5, Kecamatan Sunggal, Kabupaten Deli Serdang, Sumatera Utara di Indonesia pada Sabtu lalu.

Iklan
Iklan

Jiran tetangga yang naik angin dengan perbuatan Agus turut memukulnya.

Ketika disoal penduduk, dia mengaku membakar bantal di bilik tidur ibu bapanya sebelum api menjadi marak.

Iklan

Bapa kepada dua anak itu turut menyaksikan sendiri rumah keluarganya musnah di depan mata tanpa berbuat apa-apa.

Agus mendakwa dia berang kerana disuruh merantau berkali-kali oleh orang tuanya.

Iklan

Tetapi, kenyataannya bercanggah dengan adiknya, Yani, 42, yang mendedahkan pelaku kembali ke rumah tersebut selepas berpisah dengan isterinya kira-kira sebulan lalu.

"Beberapa hari lalu ada berlaku pertengkaran. Agus menyalahkan ibu kami atas perceraiannya," jelasnya sambil menambah abangnya pernah mengancam ibu mereka beberapa kali dengan senjata tajam.

Susulan kejadian itu, suspek telah ditahan di Polsek Sunggal untuk siasatan lanjut. - Agensi