Glimpse Trend dan saiz minda manusia
Iklan
Daripada apa yang kita pilih untuk lihat, baca dan cari, akan pengaruhi cara kita berfikir dan bertindak. Foto hiasan
GLIMPSE Trend, platform yang menganalisis ratusan juta isyarat tingkah laku pengguna di internet mengeluarkan dapatan terkini yang begitu menarik untuk mencerminkan tingkah laku dan pilihan manusia moden.
Tiga trend paling popular 2026 iaitu pertama alat solek bukan lagi sinonim hanya kepada wanita, tapi juga lelaki. Kedua, pickle ball menjadi sukan paling popular dalam kalangan warga emas dan ketiga, permainan video yang melibatkan bukan sekadar tempat bermain bagi gen-z, tapi juga platform untuk 'melepak' dengan teman-teman.