Bantuan segera, penempatan sementara untuk mangsa kebakaran Sandakan - Anwar

Iklan
Kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan, memusnahkan kira-kira 200 rumah atas air dan Anwar Ibrahim (kanan).

KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata beliau terkesan ketika menerima laporan kebakaran di kampung itu yang telah memusnahkan ratusan buah rumah.

Iklan
Iklan

"Justeru, keutamaan kini adalah keselamatan mangsa serta bantuan segera di lapangan,” kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook, hari ini.

Kira-kira 200 rumah musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku pada awal pagi tadi di perkampungan atas air tersebut.

Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Jimmy Lagung berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 1.32 pagi dan seramai 35 anggota bomba termasuk dari BBP Sandakan serta Kinabatangan dikejarkan ke lokasi untuk operasi pemadaman.

Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan PPR Batu Sapi diaktifkan pada 7 pagi tadi bagi menempatkan penduduk yang terjejas. - Bernama

Iklan