Hati, jiwa sentiasa untuk UMNO - Syed Hamid Albar
Iklan
Syed Hamid Albar
SHAH ALAM - Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Syed Hamid Albar menegaskan, hati dan jiwanya sentiasa bersama UMNO meskipun pernah meninggalkan parti itu pada 2018.
Menurut beliau, keputusan kembali ke UMNO dibuat selepas meneliti secara mendalam, selain mengambil kira legasi perjuangan keluarga khususnya bapanya, Allahyarham Tan Sri Syed Jaafar Hassan Albar yang banyak berjasa dalam membangunkan parti itu.