UMNO perkuat saf hadapi PRU16
Iklan
Mesyuarat MKT UMNO pada Jumaat memutuskan menerima semula 6,252 bekas pimpinan serta ahli di peringkat bahagian dan cawangan seluruh negara ke pangkuan parti. Gambar kecil: Mohammad Tawfik
SHAH ALAM – Keputusan UMNO menerima kembali tanpa syarat mana-mana ahli yang digantung, dipecat atau keluar parti dilihat sebagai langkah yang mampu memberi nilai tambah kepada parti selain menjadi ‘paluan awal’ gendang menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor serta Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Penganalisis politik dari Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, langkah tersebut juga mencerminkan usaha UMNO mengukuhkan kembali kekuatan parti selepas berdepan perpecahan sebelum ini.