NEW YORK - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa perlindungan segera terhadap penduduk dan infrastruktur awam di Semenanjung Gaza, sambil menegaskan bahawa mereka tidak boleh menjadi sasaran.
Menurut Agensi Berita Emirates (WAM), rayuan itu berikutan laporan harian mengenai serangan Israel yang berterusan di semua lima kawasan muhafazah (ditadbir gabenor) di Semenanjung Gaza, melibatkan serangan udara, tembakan dan tembakan tentera laut yang terus mengakibat korban di kawasan perumahan.