16 peluru berpandu Iran dihala ke arah kapal perang AS

Iklan
Kor Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) dilaporkan telah mengunci 16 peluru berpandu kruis ke arah kapal perang AS dalam satu insiden tegang di Selat Hormuz minggu lalu

TEHERAN – Kor Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) dilaporkan telah mengunci 16 peluru berpandu kruis ke arah kapal perang Amerika Syarikat (AS) dalam satu insiden tegang di Selat Hormuz minggu lalu sebelum kapal-kapal tersebut berundur secara tergesa-gesa.

Menurut laporan eksklusif Press TV, maklumat baharu itu diperoleh hasil siasatan susulan terhadap konfrontasi yang berlaku pada 11 April lalu di laluan perairan strategik berkenaan.

Iklan
Iklan

Siasatan tersebut mendapati dua kapal pemusnah Tentera Laut AS, USS Michael Murphy (DDG 112) dan USS Frank E. Peterson (DDG 121), gagal mematuhi amaran awal yang dikeluarkan oleh pasukan laut Iran.

Susulan itu, Tentera Laut IRGC bertindak mengunci sebanyak 16 peluru berpandu kruis ke arah kedua-dua kapal berkenaan.

Iklan

Menurut laporan sama, pihak Iran turut memberi amaran bahawa peluru berpandu akan dilancarkan sekiranya kapal-kapal tersebut tidak berundur dari Selat Hormuz dalam tempoh beberapa minit.

Difahamkan, pihak tentera AS yang percaya serangan bakal dilancarkan telah meminta penangguhan selama 15 minit daripada pasukan Iran.

Iklan

Tempoh itu dipercayai digunakan untuk memaklumkan situasi genting kepada pihak atasan mereka serta mendapatkan arahan lanjut.

Situasi tegang tersebut berlangsung kurang daripada sejam, sebahagian besarnya disebabkan tindakan menahan diri oleh pihak Iran sebelum kapal pemusnah AS berundur dengan pantas dari kawasan itu. – Agensi