PEMAIN beregu wanita utama negara Pearly Tan menerima buah tangan istimewa daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Perkara itu dikongsikan Pearly menerusi laman Instagramnya, selepas beliau mengumumkan terpaksa menarik diri daripada skuad Piala Uber susulan kecederaan belakang yang berulang.