Tahun terbaik melawat Negeri Sembilan
Iklan
Pantai Teluk Kemang di Port Dickson sering menjadi tumpuan pelancong.
GANGGUAN global terhadap pengangkutan dan logistik di seluruh dunia pastinya sudah memberi kesan kepada Tahun Melawat Malaysia 2026 dan juga Tahun Melawat Negeri Sembilan (TMNS) 2026.
Logo TMNS2026 menampilkan perkataan tersebut dalam warna negeri serta motif bunga lado di sebelah Istana Lama Seri Menanti di atas alunan air yang membentuk ombak yang saya harap bukan petanda perubahan iklim, sebaliknya menonjolkan tarikan terkenal Negeri Sembilan.