PGA miliki kelebihan, keupayaan logistik - Penganalisis
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Jumaat.
SHAH ALAM - Penempatan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di stesen minyak di kawasan sempadan, khususnya di Kelantan bermula 15 April lalu dilihat sebagai langkah memperkukuh penguatkuasaan sedia ada bagi menutup ruang yang masih dieksploitasi sindiket penyeludupan bahan api.
Penganalisis Pertahanan, Zaki Salleh berkata, langkah itu bukan sekadar penyelesaian sementara, sebaliknya satu bentuk pengukuhan operasi dan penyesuaian strategi dalam berdepan taktik sindiket yang semakin kompleks dan dinamik.