Selepas Tanduo, Sabah tak lagi sama
Iklan
Mohammad Yusof. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID
KENYATAAN Senator Filipina, Robin Padilla yang menggesa Presiden Ferdinand Marcos Jr. menghidupkan semula tuntutan terhadap Sabah dilihat sekadar mengulang retorik lama yang sering dimainkan segelintir pemimpin negara jiran.
Bagi Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohammad Yusof Apdal, kawasan yang pernah menjadi titik panas keselamatan negara, kenyataan itu tidak mencerminkan pendirian rasmi kerajaan Filipina, sebaliknya bermotifkan kepentingan politik domestik.