PGA kawal stesen minyak?
Iklan
Polis memantau 36 stesen minyak dianggap hotspot dan 56 lagi yang 'berisiko'. Foto Bernama
PASUKAN Gerakan Am (PGA) ada tugas khusus. Salah satu yang penting adalah kawal sempadan kita. Pelik juga PGA ambil alih tugas pemantauan stesen minyak di kawasan sempadan Malaysia-Thailand.
Itulah soalan yang orang ramai nak tanya. Apabila 50 orang anggota beruniform celoreng jaga stesen minyak, bukankah itu rugi tenaga dan tujuan sasaran? Apakah pemilik stesen minyak kita begitu tidak amanah hingga perlu dipantau pembelian dan jualan minyaknya?