Kerajaan sedia pertimbang potong gaji menteri jika ekonomi lebih meruncing - PM
Iklan
Anwar bercakap kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Bomba Cyberjaya hari ini. Foto Bernama
CYBERJAYA - Kerajaan bersedia untuk mempertimbangkan pemotongan gaji menteri Kabinet sekiranya keadaan ekonomi negara menjadi lebih meruncing susulan krisis tenaga global, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau, bagaimanapun berkata, kadar gaji menteri di Malaysia adalah relatif rendah jika dibandingkan dengan tanggungjawab yang dipikul, namun kadar itu masih munasabah selagi prestasi kerja berada pada tahap baik.
Iklan
Iklan
Anwar menegaskan bahawa keutamaan ketika ini ialah memastikan barisan menteri melaksanakan tugas dengan baik demi kepentingan rakyat, berbanding soal pemotongan gaji.
"Gaji kita relatif memang rendah gaji-gaji menteri, tetapi yang penting mereka bekerja dengan baik. Macam saya, saya tidak ada masalah tidak mengambil gaji, namun gaji itu hak mereka selagi mereka menjalankan tugas dengan baik, saya fikir (kadar itu) munasabah.
Iklan
"Bagaimanapun, tidak ada halangan (pemotongan gaji menteri) kalau keadaan ekonomi ini lebih meruncing perkara itu akan difikirkan,” kata beliau kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Bomba Cyberjaya, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan akan meneliti cadangan pemotongan gaji menteri seperti yang dilaksanakan di Indonesia.
Iklan
Terdahulu, ketibaan Perdana Menteri pada 1.17 tengah hari disambut Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Seri Nor Hisham Mohammad, sebelum beliau bersama lebih 1,000 jemaah terdiri daripada anggota JBPM serta masyarakat setempat menunaikan solat Jumaat. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil beri sinar harapan, kumpul RM134,477.79"><meta itemprop="description" content="Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil beri sinar harapan, kumpul RM134,477.79
Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil memberi sinar harapan kepada kanak-kanak yang memerlukan rawatan jantung apabila berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM134,477.79 hasil keprihatinan masyarakat seluruh negara, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid dan juruvideo, Zamir Yusof.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Shaiful Azmi Yahaya berkata, sumbangan berkenaan memberi peluang kepada pesakit mendapatkan akses kepada rawatan yang diperlukan, selain meringankan kebimbangan kewangan keluarga.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797454/berita/nasional/kempen-sinar-untuk-jantung-si-kecil-beri-sinar-harapan-kumpul-rm134477-79
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-22T12:28:15.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P180S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbbg4c2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbbg4c2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbbg4c2"></script>