PARIS - Eropah mungkin hanya mempunyai kira-kira enam minggu bekalan bahan api jet sekiranya gangguan bekalan semasa berterusan, kata Pengarah Eksekutif Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) Fatih Birol pada Khamis, lapor Xinhua.
Birol memberi amaran pembatalan penerbangan mungkin berlaku tidak lama lagi jika bekalan minyak terus terjejas susulan konflik berterusan di Asia Barat, menurut laporan media berbahasa Perancis L'actualite.